Saturday, October 16, 2010

Mukim Melor,( Kota Bharu/bachok)



Merupakan satu mukim yang istimewa kerana terletak diantara beberapa daerah utama seperti Daerah Kota Bharu, Daerah Bachok dan Juga Daerah Pasir Puteh.
Merupakan antara tapak lama Pemerintahan Kerajaan dimana Raja Sakti I (Phya Tu Kerab Mahayana) yang berjaya menubuhkan Persekutuan Pattani Besar memerintah dari Kota Mahligai, Melor, Kelantan. seterusnya pula oleh Raja Abdullah, suami dan sepupu kepada Puteri Saadong iaitu puteri Raja Loyor di Jembal dan juga anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang berasal dari Gunung Ayam, Hulu Kelantan, dan kemudiannya membina petempatan di Tanah Serendah Sekebun Bunga di Cherang Tegayong. Setelah Puteri Saadong berkahwin dengan Raja Abdullah, baginda berpisah daripada bonda angkatnya itu dan berpindah ke Kota Jelasin. Di situlah mereka tinggal sehingga terpaksa berpindah pula ke Kota Mahligai (di Kampung Mahligai, Melor sekarang) apabila mereka diganggu oleh tentera Maharaja Siam yang ingin memiliki Puteri Saadong yang cantik itu.

No comments: